Resepi mee rebus

on Tuesday, March 5, 2013


Mee_kuah

Bahan-bahan ( 2-3 hidangan )

  • 2 biji ubi keledek (ubi kentang pun boleh)
  • 4 biji bawang merah -dikisar
  • 3 ulas bawang putih -dikisar
  • 1 1/2 sb cili boh
  • 2 sudu sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu tomato sup atau puree
  • isi ayam/daging/udang
  • sayur - sawi dan kobis
  • garam cukup rasa
  • mee kuning
  • taugeh -dicelur
  • Telur rebus,daun bawang, limau nipis, bawang goreng - hiasan

Cara-cara

  1. Rebus ubi sampai empuk dan kisar. * kalau ada udang kering boleh dikisar sekali.
  2. Tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan cili boh, sos, dan puree tadi.
  3. Masukkan air, ubi kisar dan bahan2 lauk
  4. Masukkan sayur bila daging/ayam sudah empuk. Tambah garam sebagai perasa. Tutup api.
  5. Celur mee dan tuang kuah ke atasnya. Hidang bersama telur rebus, daun bawang, taugeh, dan bawang goreng.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved