Apple Crumble Cheese Tart

on Saturday, September 7, 2013




Apple Crumble Cheese Tart

Bahan Kulit Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara
1.  Satukan gula kaster dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu).  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Apple Filing
4 biji apple hijau - kupas dan dadu
50gm gula kaster
1 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu besar jus lemon
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh tepung gandum

Cara-cara :
1.   Satukan semua bahan filing dan masak dengan api perlahan hingga air mengering dan pekat.  Angkat dan ketepikan.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
1 biji telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese dan gula hingga lembut.  Masukkan telur dan putar hingga sebati.  Masukkan jus lemon dan tepung jagung, putar lagi hingga rata dan licin.
2.  Masukkan adunan ke dalam piping bag kemudian gunting muncungnya.  Ketepikan.

Topping Crumble
120gm tepung gandum
35gm gula kaster
80gm mentega sejuk - potong kecil
100gm walnut / pecan (panggang dan cincang)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kecuali walnut.  Ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan walnut cincang dan gaul rata.

Penyediaannya :
1.  Ambil sedikit filing apple dan masukkan ke dalam kulit tart.
2.  Picit adunan cream cheese hingga penuh.
3.  Tabur dengan topping crumble ke atasnya.
4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
Apple Crumble Cheese Tart

Resipi Ikan Percik Sedap




Resipi Ikan Percik Sedap ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 


Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung yang besar
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai     

Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. 

2. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
3. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. 
4. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
5. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Resipi Ayam Bakar Berempah

on Thursday, September 5, 2013




Resipi Ayam Bakar Berempah ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu BBQ. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang

 

Bahan-bahan:
500 gm peha ayam

Bahan dikisar:
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Gula dan garam

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kayu manis
1 sudu kecil ada hitam
1 sudu kecil ketumbar
2 kuntum bunga lawang

Cara menyediakan:
1. Kisar semua bahan-bahan dan ambil jusnya gaulkan dengan ayam. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam.
2. Setelah itu, perap selama sejam.
3. Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit.

Kuih Bakar Pisang Pandan / Bingka Pisang Pandan

on Wednesday, September 4, 2013





Kuih Bakar Pisang Pandan

Bahan-bahan
200gm tepung gandum
100gm kelapa parut muda
5-6 biji pisang emas - leyek
100gm gula pasir
2 biji telur
3 sudu besar mentega cair
500ml santan / susu cair
6 helai daun pandan
Pewarna hijau

Hiasan  : 4 biji pisang emas di dadu

Acuan kemboja / serabai - di gris

Cara-cara :
1.  Kisar santan bersama daun pandan, kemudian tapis.
2.  Satukan bersama bahan-bahan lain dan gaul hingga rata.  Rehatkan selama 20 minit
3.  Gris acuan dengan mentega, panaskan dahulu.
4.  Tuang adunan hingga hampir penuh.  Hias dengan taburan pisang dadu.

 5.  Bakar di atas api kecil dan tutup loyang dengan penutup sehingga masak.
 Kuih Bakar Pisang Pandan / Bingka Pisang Pandan

Resipi Bengkang Daging




Resipi Bengkang Daging ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
6 keping roti (buang kulit)
2 biji telur
100 gm sayuran campuran
50 gm bawang goreng
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Daun sup/bawang
80 gm keju cheddar sagat
2 sudu besar marjerin

Bahan daging:
200 gm daging kisar
2 sudu besar serbuk kari
Garam/gula
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 sudu besar lada hitam (tumbuk)

Cara menyediakan:
1. Mula-mula kita tumis bawang besar hingga layu, dan kemudian masukkan daging, dan serbuk roti.
2. Bubuhkan garam dan gula serta lada hitam.
3. Tumis hingga daging masak.
4. Sementara itu kita pukul telur dengan susu segar.
5. Masukkan roti yang dipotong nipis. Rendam.
6. Masukkan daging tumis ke dalam adunan roti berendam, bawang goreng, marjerin, keju, tepung, daun bawang dan sayuran campuran.
7. Gaul sebati, dan sapukan mentega pada acuan bakar. Tuangkan adunan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC.
   

koleksi1001resepi- muhammad chow


muhammad chow
9/2/2013 4:28:00 PM

Salam,
sekarang kkida paham kenapa sesetengah orang yang berduit prefer guna khidmat event manager...
mengapa mereka malas nak uruskan sendiri event yang membabitkan banyak pihak samada pihak berwajib atau kurang berwajib...

anda fahamkan apa yang kkida maksudkan...:)

tu sebab agama kita suruh kita buat yang wajib aje....yang sunat tu jika mampu kita buat tak mampu boleh kita tinggalkan...selain dari wajib dan sunat...yang lain tu memang tak perlu kita ikutkan...
tambahan yang berkaitan dengan adat yang bukan-bukan yang agama tak suruh buat....:\


hari ni pepagi lagi kkida kesana kesini dengan hani....nasib baik dia takda kelas hari ni....maka boleh le dia temankan mamanye....tukang isi borang dan tukang bagi pendapat hal yang berkaitan dengan majlis kakak hujung tahun ni....

....both of you  kena thanks banyak-banyak kat adik....dia tulang belakang mama yang sangat kuat....tanpa adik pasti mama tak mampu buat semua tu sorang-sorang....:-)


....jika guna khidmat event manager, mana ada nikmatnye...betul tak?....kita jadi tunggul dok kat rumah sambil tunggu lapuran disamping mengia atau menidakkan apa yang dicadangkan oleh mereka aje...:\


sedap nampak nasi goreng nikan....yummy...


begitu juga kuehteow berkuah nikan....yummm...


hot plate tofu...makan dia aje dah memadai...boleh jadi kurusss gitu...hehe...


buttermilk chicken....kan sekarang ni tengah popular...anda pernah makan tak?


sedap eh!....sesiapa yang belanja abang ni makan tak rugi...sebabnye...dia makan seciput aje...berbanding atmam makan....huhu....tapi kalau makan buffet kat five star hotel memang tak berbaloilah...gelak besar taukeh hotel tersebut jika dapat seratus pelanggan camni setiap hari....hehe....


....apahal cerita kkida kat entri ni melalut ke laut....gambar yang ditayang lain...isi ceritanye lain....:)

.....oklah....jika anda gemar makan chinese food....jom singgah kat restoran Muhammad Chow (MC)...lokasinye mengadap main road dalam area Damansara Perdana...dekat dengan pizza hut...foodnye...hmmm...marbeles...kkida memang suka....memang kena dengan lidah dan tekak kkida...harganya....pada kkida ia amat reasonable....pasti selalu makan kat MC lepas ni.....:)


sebelum terlupa....kkida ingin ucapkan terima kasih pada Andora dan mission wraps kerana hantar kemain banyak totilla wrap sedia untuk dimakan ke rumah tadi....ada macam-macam filling...beef, chicken, egg, banana and choco, pepperoni dll....thanks again...anda juga boleh dapatkan delicious tasty wraps ni kat beberapa lokasi di sini....

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


-8 ketul drumstick
-1 sudu besar mayonis
-1 kiub ayam
-1 sudu besar kicap manis
-1 sudu besar sos tiram
-Lada hitam secukupnya-tumbuk
-2 ulas bawang putih-tumbuk
-1/2cm halia-tumbuk
-Cara-cara

Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

Tag

ayam ayam bakar

Ayam Masak Kicap Terbaik

 

Bahan-bahan ( 2-3 )


  • 1/2 ekor Ayam
  • 1 1/2 inch halia
  • 2-3 Ulas bawang putih
  • 1 sb jintan manis (Jintan Besar)
  • 3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)
  • 1/2 inch kunyit
  • 6 sb Kicap Manis
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang bombay)
  • 2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)
  • minyak utk menumis
  • garam
  • gula

Cara-cara


  1. Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.
  2. Sediakan bahan untuk perapan.. - Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk blend pun bole)
  3. kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 - 30 minit
  4. panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td
  5. kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2) saya masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu..
  7. perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)
  8. Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu blh la di angkat & di hidangkan
  9. Selamat mencuba

Tag


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved