Telur goreng serunding

on Saturday, March 23, 2013




Bahan-bahan:
2 biji telur 
3 sudu besar serunding daging 
secubit garam 
minyak utk menggoreng 
sos cili 
mayonis

Cara membuatnya:
Pukul telur seketika.
Kemudian masukkan serunding dan garam 
Goreng telur tersebut dgn api yg perlahan. 
Setelah masak,angkat telur tersebut dan boleh dimakan bersama sos cili dan mayonis

Resepi ni simple jerr.Sekali-sekala nak mencuba kelainan.:-) 

Ikan Sembilang Kuah Lada



Bahan-bahan : 
1/2 kg ikan sembilang 
1 sudu teh garam 
Minyak untuk menumis 
10 tangkai cili kering 
8 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 1/2 sudu besar ketumbar 
1 sudu teh jintan manis 
1 sudu teh lada hitam 
1 sudu teh serbuk kunyit 
4 sudu besar kerisik 
1 sudu besar asam jawa Adabi
375 ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak : 
1.Gaulkan ikan dengan garam dan perapkan selama 5 minit. 
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan giling sehingga wangi.
Masukkan kerisik dan goreng selama 2 minit di atas api yang sederhana.
3.Masukkan daging dan goreng selama beberapa minit. 
4.Masukkan asam jawa dan air. Biar mendidih. 
5.Masukkan ikan dan renehkan selama 8 hingga 10 minit. 
6.Masukkan garam secukup rasa 

Siakap Masam Manis



Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih, cincang
1 cm Halia, cincang
3 sdb Cili boh
1 / 2 Cawan saus manis dan asam
1 biji tomat, potong empat (wedges)
1 labu bawang besar, potong enam (wedges)
1 biji Cili benggala merah atau hijau, potong kiub
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk goreng ikan
Daun sup dan bawang untuk hiasan



Cara Membuatnya:
Lumur ikan dengan garam dan goreng Sehingga garing (deep fried). Letak dalam pinggan hidang.Ketepikan.
Tumis bawang putih, Halia Cili boh Sehingga dan wangi. Masukkan saus dan lain-lain bahan.
Tuang saus keatas dan ikan hias dengan daun dup. Hidang panas. 

MURTABAK DURIAN

on Thursday, March 21, 2013




Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega untuk disapu
  • Kacang tanah yang sudah dikisar 
  • 2 ulas isi durian

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan yis segera, air dan pewarna kuning. Ayak lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan ayak lagi hingga sebati. 
  4. Sapukan mentega di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi.
  5. Biarkan seketika sementara menunggu masak.
  6. Taburkan kacang tanah di atasnya.
  7. Apabila cukup masak, angkat dan dan sapukan isi durian tanpa biji.
  8. Lipat dua sebelum dipotong.

Sambal Kering Tempe



Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )

  • * 1/2 bungku tempe (di potonh nipis)
  • * 1/2 cawan ikan bilis
  • * 1/2 Cawan kacan tanah
  • ** 5 tangkai cli kering (dipotong dan direndam dalam air panas sehingga lembut)
  • **3 ulas bawang putih
  • ** 4 ulas bawang merah
  • ** Sedikit belacan (dibakar seketika)
  • 1 sb gula
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Kesemua bahan * digoreng sehinggagaring (Goreng secara berasingan setiap satu) Ketepikan
  2. Tumis bahan ** (diblend terlebih dahulu) sehingga cili masak.Masukkan gula dan perasakan dengan sedikit garam
  3. Masukkan (1) ke dalam (2).Kacau sebati/sehingga kering.Siap

Sambal Tumis Udang & Mangga



Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 300 g udang sederhana (lebih kurang 18-20 ekor)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 4 senduk cili kisar (cili kering yg diblend bersama bwg besar)
  • 1 sudu kecil asam jawa ( tanpa biji ),dibancuh dgn sedikit air
  • 1 biji kecil mangga muda-diparut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Udang dibersihkan dan dibuang kepala.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau.biarkan sehingga cili sedikit garing dan naik minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,gula dan garam.Jika tumisan terlampau kering,masukkan sedikit air lagi.
  5. Setelah tumisan mendidih,masukkan udang dan kacau.
  6. Biarkan seketika sehingga udang masak.Setelah udang masak,tutup api dan taburkan dgn parutan mangga muda.
  7. Gaulkan bila sedia utk dihidang.

Resepi Bakso

on Tuesday, March 19, 2013




Bahan-bahan ( hidangan utk 8orang )

  • Mee siam
  • Kobis d ptg memanjang
  • Taugeh
  • Daun sup, bwg goreng
  • Kicap ABC (blh d dapati d hypermarket), sos tomato, sedikit cuka
  • *UTK MEAT BALL*
  • 500g daging cincang
  • 1sk serbuk lada putih
  • 1sk garam
  • 1sb tepung gandum
  • 1sb tepung sagu/jagung
  • 5 bj bwg kecik (d kisar halus)
  • 5 bj bwg putih (d kisar halus)
  • 1inci halia (d kisar halus) & 1/2 bj telur d pukul
  • <<< semua bhn diatas di gaul rata >>>
  • *BHN UTK SUP*
  • 5 bj bwg kecik ~ d kisar halus
  • 5 bj bwg putih ~ d kisar halus
  • 1 1/2 sb serbuk lada putih
  • 5ml air masak
  • 1 1/2 sb perencah daging ( sya x gune pn..)
  • 1 inci halia ~ d kisar halus
  • Garam
  • 1btg serai~d titik
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. **CARA BUAT SUP**
  2. Panaskn minyak + semua bhn kisar hingga naik bau
  3. + air masak + serai + perencah daging + garam + serbuk lada putih
  4. Sementara tunggu sup mendidih...sediakn utk nk buat Meat Ball.
  5. ***CARA BUAT MEAT BALL***
  6. Campurkn semua bhn2 meat ball
  7. Masukkan meat ball yg d bentukkan bulat pd sup yg telah mendidih.
  8. Angkat meat ball bila dah timbul.
  9. Buat meat ball smpi habis
  10. ***CARA MSK BAKSO***
  11. Ambil kuah sup d masukkn dlm kuali + kobis+ taugeh + mee siam + meat ball. Biarkn sekejap..
  12. Hidangkn mee dlm mangkuk d hias bsama daun sup, bwg goreng, tomato sos, kicap ABC, sedikit cuka & sambal lada kicap.
  13. Sedia utk d mkn..

Begedil Ayam


Bahan-Bahan:
1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)



Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun

Minyak masak untuk menggoreng kentang
Cara:
Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.

Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.

Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.

Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula.
Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan begitu sahaja.... ataupun bersama dengan nasi atau dengan mee soto. Pastinya hingga menjilat jari. Enak sungguh............ cubalah......
Tambahan:
Daging ayam di ambil dari bahagian dada kerana isinya yang lembut dan mudah dihiris

Tepung kentang digunakan untuk mengepal kentang supaya senang dibentuk.

Aiskrim Goreng


Bahan-Bahan:
bahan-bahan:

ais krim(nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

*jem stawberry
Cara:
1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)
Cadangan Hidangan:
letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.
Tambahan:
makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved