Resipi Tempe Goreng Berempah

on Wednesday, October 2, 2013



Resipi Tempe Goreng Berempah ni adalah antara menu mudah untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 15 Minit
Keseluruhan: 25 Minit | Jumlah Hidangan: 2-4 Orang 

 
Bahan-bahan:
1 bungkus tempe - hiris nipis
 

Bahan dikisar/ditumbuk:
Ketumbar
Bawang putih
Jintan manis
Jintan putih
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Gaulkan tempe dengan bahan yang telah dikisar. Perap seketika.
2. Goreng sehingga garing
.

Ayam Masak Ungkep

on Monday, September 30, 2013


Ayam Masak Ungkep
Sumber :  RASA Mei 2013

Bahan-bahan
1 ekor ayam potong lapan, cuci bersih
santan dari 1 biji kelapa
2 batang serai
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering - rendam air panas, toskan
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 susu makan jintan manis

Cara-cara :
1.  Gaul ayam bersama bahan kisar.  Perap seketika.
2.  Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama santan dan serai.  Renehkan sehingga kuah kering.
3.  Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
 Ayam Masak Ungkep

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api


Ketam Masak Lemak Cili Api. Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api 
ni adalah antara menu untuk tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini.. 
 

Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 2-4 Orang 

Bahan-bahan:
3 ekor ketam segar

1/4 biji nanas
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan dikisar:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan dan nanas. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih. Hidangkan.



Udang Masam Manis


Udang Masam Manis

Bahan-bahan
1kg udang sederhana besar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 batang serai di ketuk
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - di hiris
1/2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji tomato - potong 6
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1.  Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih hingga halus.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama cili kisar hingga wangi.
3.  Masukkan air, serai, sos cili, sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.  Setelah itu masukkan tomato, bawang besar, cili hiris, kacau hingga sebati
5.  Masukkan udang dan renehkan hingga masak.
Udang Masam Manis

Resipi Kepak Ayam Bakar Madu

on Sunday, September 29, 2013


Resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu BBQ. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
 

Bahan-bahan: 1/2 kilo kepak ayam
4 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar 

Sedikit halia kisar
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs
Madu ikut citarasa anda
Garam dan gula secukup rasa 

Mentega secukupnya
Cara menyediakan:
1. Gaulkan bahan-bahan di atas secara merata pada ayam.
2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
3. Sapukan dulang pembakar dengan mentega, susun kepak ayam yang telah diperap di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga masak dan garing.



Ayam Panggang Rosemary / Rosemary Grilled Chicken



Ayam Panggang Rosemary / Rosemary Grilled Chicken
Sumber : blogwana.wordpress.com

Bahan-bahan
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

 Ayam Panggang Rosemary / Rosemary Grilled Chicken
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved