Resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu BBQ. Cubalah Resipi Masakan ini..
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Bahan-bahan: 1/2 kilo kepak ayam
4 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
Sedikit halia kisar
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs
Madu ikut citarasa anda
Garam dan gula secukup rasa
Mentega secukupnya
Cara menyediakan: 1. Gaulkan bahan-bahan di atas secara merata pada ayam.
2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
3. Sapukan dulang pembakar dengan mentega, susun kepak ayam yang telah diperap di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga masak dan garing.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment