Resepi : Ayam goreng kunyit

on Saturday, March 2, 2013





Gambar comel sket, pasal ambik pakai henfon and dah di instagram kan.



Mati la kena gelak, ayam goreng kunyit pun nak post resepi konot???
Lantak la kan... ni untuk rujukan aku jugak di masa hadapan, and sapa2 yang sudi nak rujuk :)



Bahan bahan yang aku guna:

Ayam satu peket yang mengandungi 6 ketul wings + drummet.
Bawang besar setengah biji, potong slice, tak tau camner nak describe. Ala potong je la sukati kau.

Bawang putih 3 ulas. Hiris nipis2.

Kacang panjang dlm 5-6 tangkai, potong pendek2 dlm 2 inci mcm tu. Wahhh siap kasik ukuran konot...

Carrot. Aku ada baby carrot dlm fridge so baby carrot it is. Aku pakai dlm 8-9 ketul mcm tu. Buang kulit luar dia and slice agak nipis sket lebih kurang mcm besar kacang panjang.

CILI PADI. Tapi jangan potong. Biar jek seketul2. Agar tak pedas dan anak2 boleh makan.
 Kau nak pedas kau cubit la cili padi tu masa makan nasi nanti. Sedap hoiiii! Berasap telinga!

Minyak (dlm 2-3 sudu nak tumis).

Garam

Kunyit (serbuk)

Pati ayam


Cara2 nak masak.

- Potong ayam. Patut potong ayam kecik2 lagi best. Tapi aku malas. Takat potong 2 jek, wing and  drummet. Basuh ayam. Lumur dgn garam + kunyit.

- Bakar ayam dlm oven (takkan bakar dlm peti ais kot) at 180 degrees for 30 minutes. 

- Sementara ayam di bakar, pegi la potong segala bawang and sayur.

- Panaskan minyak dalam kuali.

- Tumis bawang putih, bawang besar and cili padi sampai kekuningan and naik bau. (perghhh yo o o kau konot, padahal kau pun tak heran bau ke kuning ke.. podah!)

- Masukkan kacang panjang and carrot. 
- Masuk garam and pati ayam secukup rasa.
- Lepas ayam dah masak dlm oven, campur la skali ayam dgn sayur ni. Gaul2 kejap.

SIAP. Makan dgn nasi panas. Makan dgn cili padi tu.

Terangkat!!!

Resepi Daging Goreng Berlada Hitam Yang Enak - Raja Resepi Daging

on Friday, March 1, 2013



Bahan-bahan (2 1/2 Orang )
  • Daging 500 gram
  • 4 camca besar minyak masak
  • 40 gram perencah maggi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
  • 1 cawan air
  • 5 batang kacang panjang dipotong 3 cm
  • Lada hitam secukup rasa

Cara-cara
  1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
  2. Rebus daging dengan secawan air
  3. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
  4. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
  5. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
  6. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
  7. Goreng selama 1 minit. 


Resepi Patty Burger


Resepi Patty Burger

Ni adalah resepi patty yang telah dicampur aduk dr bbrp resepi kekawan maya kt luar sana... i buat berdasarkan pengalaman makan bbrp BRAND burger bakar yg pernah i makan.... so senang nanti puasa nak buat... hiihihihh

Bahan-bahannya: boleh dapat 6-8 keping petties
1kg daging lembu/daging ayam hancur
1 biji bawang besar-cincang halus/blend kering
4 ulas bawang putih-cincang halus/blend kering
1 biji telur
1 sudu besar-lada hitam kisar
2 sudu mustard
1 cawan serbuk roti
¾ sudu besar herba campur-pilihan
2 sudu besar 5 spice
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan diatas dan gaul sebati
2. bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
3. Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.

NASI AYAM RESIPI BONDA

on Wednesday, February 27, 2013

































Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri.

Di Sungai Buloh pun ada satu restoran (dekat Econsave) yang jual Nasi Ayam sedap. Tapi Kjee ni bukan jenis yang suka sangat Nasi Ayam. Ada pun okay, tak ada pun tak kesah.

Tetapi beberapa hari lepas Nadia kata lama dah tak makan Nasi Ayam air tangan Mama. So pagi tadi, masa Unclepali gi Posto, Kjee suruh dia beli dua ekor ayam yang baru sembelih. Kat Sg Buloh memang ada banyak tempat orang sembelih ayam.

Seekor Kjee plan nak panggang dan seekor lagi goreng. Tapi sebelum goreng, Kjee rebus kira-kira 10 minit pastu baru goreng. Cara ini, dapatlah buat sup untuk Nasi Ayam nanti.

Kjee tak tahulah samada cara Kjee buat Nasi Ayam ni, namanaya Nasi Ayam Hainan atau tidak. Ia resipi yang selalu dibuat arwah Bonda dulu.

NASI AYAM

3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)
3 ketul chicken cube
2 helai daun pandan (kalau suka)

CARA

Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.

SAMBAL

5 biji cili hidup (dibuang biji)
5 cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit cuka kalau guna

CARA

Kjee blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.



KICAP

4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)
1 sudu besar sos tiram

Campurkan semua bahan2.

AYAM



Ayam panggang

1 ekor ayam
1 biji lemon atau limau nipis
1 biji bawang besar
1 sudu besar rempah rosemary (optional)
butter
garam
lada hitam

Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).
Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.




AYAM GORENG

1 ekor ayam potong dua.
½ periuk air
daun ketumbar (akarnya sahaja)
1 biji bawang besar
garam
serbuk perasa kalau guna

CARA

Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam. 
Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.

CARA MENGHIDANG

Timun
Salad
daun ketumbar

































Sumber

Resepi Laksa





Bahan-bahannya:www.familiazam.com
200 gm laksa
1/2 biji nanas
50 gm salad   
3 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar 
1 biji timun
1 biji limau kasturi 
2 biji telur rebus
www.familiazam.com
Bahan untuk kuah:
2 kg ikan parang - direbus
2 kuntum bunga kantan - dimayang 
150 gm bawang merah - dikisar
135 gm cili boh 
50 gm daun kesum
20 gm cili padi | dikisar 
15 gm belacan  
10 keping asam gelugur 
Garam secukup rasa
www.familiazam.com
Cara menyediakannya:
Asingkan antara tulang dan isi ikan yang telah direbus tadi.
Tapis isi ikan untuk mengelakkan dari tercampur tulang. 
Masukkan semua air rebusan ikan bersama-sama dengan bahan seperti daun kesum, bunga kantan, cili boh, belacan, cili padi, dan asam gelugur. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. 
Pastikan kuah laksa tidak terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved