Resipi Kuih Lapis Sedap

on Friday, September 27, 2013




Resipi Kuih Lapis Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 50 Minit
Keseluruhan: 65 Minit | Jumlah Hidangan: 20
 

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula

1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna merah.
4 cawan air

Cara menyediakan:

1. Dalam blender, masukkan gula,  santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air, kacau rata.
    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna merah & satu lagi biarkan putih. Kacau biar warna sekata.
3. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna putih & kukus selama 5 minit.
4. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna merah dan putih hingga adunan habis.
5. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
6. Dengan hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas,kuih ini dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka.


SUMBER

Kuih Peniram / Denderam




Kuih Peniram / Denderam
Sumber :  Kak Fida@myresipi.com

Bahan-bahan (1/2 adunan - 200 biji kecil)
1/2 kilo tepung beras
400gm gula merah
25gm tepung gandum
Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara :
1.  Masak gula merah bersama sedikit air, sama paras gula tadi.  Masak hingga mendidih dan pekat sedikit.  Angkat dan tapis.
2.  Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk, masukkan air gula yang masih panas dan kacau dengan sudip kayu sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.
3.  Tutup mangkuk dengan kain dan perap semalaman, supaya gula merah menyerap tepung sepenuhnya.
4.  4 atau 5 jam periksa adunan, jika masih keras, tambahkan 1/2 atau 1 cawan air panas dan uli hingga lembut.  Adunan tidak terlalu keras atau lembut.  Perap semula.
5.  Ambil adunan sebesar guli, letakkan atas sekeping plastik, leperkan sedikit, guna lidi atau chopstik untuk bulatkan bahagian tengahnya.  (Cara K1, canai dan terap dengan acuan biskut donat kecil di atas sekeping plastik yang di sapu sedikit minyak)
6.  Panaskan minyak, goreng dengan api perlahan.
7.  Kuih masak apabila kembang dan timbul di permukaan, angkat dan toskan.


 Kuih Peniram / Denderam

Resipi Paprik Sotong Sedap

on Thursday, September 26, 2013


Resipi Paprik Sotong Sedap ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit     
40 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang
 

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

SUMBER

Sardin Gulung Kelantan

on Wednesday, September 25, 2013



Sardin Gulung Kelantan

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
25gm majerin
120ml minyak masak
1/4 sudu teh garam
Air secukupnya

Putih telur sebagai pelekat

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak masak hingga betul2 panas.  Masukkan ke dalam adunan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga rata.  Masukkan majerin dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. (hati-hati dengan minyak panas ketika menguli)
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang keras.
3.  Tutup doh dengan tuala dapur dan rehatkan seketika hingga doh menjadi lembut.
4.  Canai tipis doh dan terap dengan penerap bentuk bujur yang sederhana besar, atau bulatkan dulu doh dan canai meruncing ke depan.
5.  Letak inti sardin di tengahnya dan gulung hingga ke bahagian runcing, sapu sedikit putih telur pada hujungnya dan lekatkan tepinya supaya kemas.
6.  Goreng di dalam minyak yang banyak hingga keperangan.

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana - asingkan sos dan ikan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh
1/2 biji bawang besar
2 tangkai cili merah di mayang
2 sudu kecil jus limau nipis
garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Tumbuk bawang putih dan merah, panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
2.  Masukkan cili boh,  cili hiris, kuah sardin dan bawang besar.  Masak hingga layu.
3.  Masukkan sardin, lenyek dengan senduk hingga hancur dan gaul bersama bahan tumis hingga rata.
4.  Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga inti kering.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam doh.
 Sardin gulung Kelantan

Kek Lapis Chocolate Cream Cheese



Kek Lapis Chocolate Cream Cheese
Sumber :  Kek Warisan Bonda
Resipi  Asal : Nomie Cakes

Bahan A
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
300gm gula kaster
300gm tepung Hong Kong
2 sudu kecil ovalete

Bahan B - Adunan Krim Keju
250gm krim keju
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste

Bahan C - Adunan Coklat
250gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
150gm coklat masakan - cairkan secara double boiler
1 sudu besar coklat emulco

Hiasan :  Parutan Keju Cheddar secukupnya

Loyang 9 x 9 x 3 di alas dasar dan gris

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.  Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
2.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3.  Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C.(Adunan Coklat)
4.  Ambil 9 sudu besar adunan coklat, ratakan ke dalam loyang.  Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit.
5.  Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek dan lapis dengan 9 sudu besar adunan keju.  Bakar dengan api atas saja selama 8 minit.
6.  Ulangi melapis berselang seli hingga habis.
7.  Untuk lapisan terakhir, tabur permukaan kek dengan parutan keju dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit.
8.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Bahan B :  Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.

Bahan C :  Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim.  Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama coklat cair dan coklat emulco, kaup balikan hingga sebati.
 Kek Lapis Chocolate Cream Cheese

Tips/Petua Masakan Bahagian 3


Tips/Petua Masakan Bahagian 3

•  Kacang Bendi Tetap Segar

Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

•  Menyegarkan Sayuran Berdaun

    Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
    Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.

•  Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis

Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri

    Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
    Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
    Keesokkan harinya, tuangkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.

serting2

Memilih Sayur-sayuran

•  Memilih Sayur - Sayuran

    Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
    Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
    Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
    Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
    Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
    Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

•   Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum

•  Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

•  Kurangkan Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

•  Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

•  Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

•  Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

•  Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut akan mati. Selamat mencuba .

•  Melemakkan Masakan Pulut
Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa.

•  Menanggalkan Kerak
Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

•  Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Hilangkan Hanyir Ikan Keli
Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan keli tersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.


• Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja  tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.

•  Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

•   Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

Resipi Mee Hoon Goreng Singapore

ResipiMasakanKini 

Resipi Mee Hoon Goreng Singapore pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang. Sila la cuba resipi masakan ini...
 

Bahan-bahan: 
1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
1 sudu udang kering-ditumbuk halus
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam-hiris nipis2
1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk

1 sudu kecil serbuk chicken stock
1 cawan taugeh
1/2 batang carrot-di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya

Cara menyediakan: 

1. Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
3. Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
4. Masukkan lada hitam, sos tiram, chicken stock dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
5. Gaul sebati hingga masak. Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah.

Biskut Kuaci Labu

on Tuesday, September 24, 2013


Biskut Kuaci Labu

Bahan-bahan
200gm mentega
10gm shortening
130gm gula kaster
1 kuning telur
60gm kuaci labu - panggang sebentar dan kisar halus
280gm tepung gandum
40gm tepung jagung
1 sudu teh butter flavour / esen vanila
1/4 sudu teh emplex
30gm bijan hitam / putih

Hiasan :  Kuning telur, kuaci, cherry merah

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, butter flavour dan pukul hingga sebati.
2.  Ayak tepung dan emplex.  Satukan di di dalam mangkuk besar bersama serbuk kuaci dan bijan hitam, gaul rata.
3.  Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
4.  Canai dan terap mengikut suka.  Sapu permukaan dengan kuning telur dan hias kuaci dan cherry merah.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 15-20 minit pada suhu 150C hingga masak.
 Biskut Kuaci Labu

Resipi Nasi Bukhari Ayam


Resipi Masakan Kini 



Resipi Nasi Bukhari Ayam ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit     
55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 


Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.

2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.

3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.


Sitemap

on Monday, September 23, 2013

Resipi Nasi Ayam Madu Sedap


Resipi Nasi Ayam Madu Sedap ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit     

55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 

Ayam Madu: 
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunju
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Dikisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan:
1)  Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.

2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.

3)  Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

Nasi Ayam: 
4 pot beras basmathi extra long (pot rice cooker) - basuh dan rendam 20 minit
1 ekor ayam - potong 4
1 cawan susu segar
2 helai daun pandan
1 sk kunyit
1 kiub pati ayam
Garam
Minyak sapi untuk menumis
4 pot + 1 mangkuk besar air - untuk nasi dan juga sup ayam

Bahan Tumis:
1 inci halia - hiris batang mancis
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih -hiris
1.5 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi dan keperangan.
2. Kemudian masukkan air dan ayam. Reneh hingga mendidih dan ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan ayam.
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan beras yang telah dibasuh,  sup ayam secukupnya (sama sukatan dengan beras) dan semua bahan-bahan lain tidak termasuk ayam.
4. Tanak seperti memasak nasi biasa.

Sambal Cili:
3-4 biji cili merah
3-4 biji cili api
1/2 inci halia
4 ulas bawangn putih
Garam dan gula
2 sk cuka makan.

Cara menyediakan:
Blend semua sekali hingga halus. Rasakan secukup rasa. Boleh tambah sedikit air masak jika blender susah nak putar.

Sambal Kicap:
2 cawan sup ayam
3-4 ulas bawang putih - cincang
2 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan  minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga perang.
2. Masukkan semua bahan lain dan renehkan sehingga mendidih.
3. Hidangkan bersama nasi ayam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved