Resipi Kuih Lapis Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang. Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 50 Minit Keseluruhan: 65 Minit | Jumlah Hidangan: 20 Bahan-bahan: 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan gula 1 st garam 2 paket santan serbuk 1 st minyak masak 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna merah. 4 cawan air Cara menyediakan: 1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan. 2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air, kacau rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna merah & satu lagi biarkan putih. Kacau biar warna sekata. 3. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna putih & kukus selama 5 minit. 4. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna merah dan putih hingga adunan habis. 5. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk. 6. Dengan hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas,kuih ini dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka. SUMBER |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment