Bahan-Bahan: | |
1ekor belut(dibakar) 2ulas bwg putih(ditumbuk) 4ulas bwg merah(ditumbuk) 4biji limau kasturi garam, 25biji cili api(ditumbuk lumat) | |
Cara: | |
belut yg dibakar diambil isi ditumbuk bersama bwg putih,bwg merah,cili api masukkan asam limau yg diperah airnya.kacau hingga sebati. | |
Cadangan Hidangan: | |
makan dengan nasi panas dan ulam pucuk mengkudu rebus @ pucuk betik bagus utk menguatkan pinggang |
Home > Archives for 2013-03-24
Sambal Asam Belut
on Friday, March 29, 2013
ABC Mangga
Bahan-Bahan: | |
200 gm isi mangga masak 500 ml air masak 50 ml susu skim 100 gm kacang merah yg telah direbus 50 gm kismis/sultanas | |
Cara: | |
Masukkan isi mangga,susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur. Sejukkan di dlm peti sejuk.Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah & satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. Tuangkan air mangga sama banyak ke dlm setiap gelas. |
Resepi Minuman Gempak
on Thursday, March 28, 2013
SIRAP BANDUNG LAICI
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan susu sejat penuh krim marigold
1/2 cawan sirap laici
1/2 cawan sirap ros
1 cawan ais
Pilihan Tambahan:-
-sedikit buah laici -sedikit cincau -jagung krim manis
CARA PENYEDIAAN:-
1. Masukkan ais ke dalam dua gelas tinggi bersama cincau, jagung krim manis dan buah laici. Kemudian, ketepikannya.
2. Tuangkan susu sejat penuh krim marigold, ais, sirap laici dan sirap ros ke dalam pengisar.
3. Kisar sehingga campuran menjadi halus.
4. Kemudian, tuangkan ke dalam gelas tinggi tadi dan sedia untuk dihidang.
AIR KELAPA MUDA DENGAN LAICI
BAHAN-BAHAN:-
1 biji kelapa muda
1 tin laici
CARA MEMBUATNYA:-
1. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan ais.
Rendang Minang
on Sunday, March 24, 2013
Bahan-bahan
500gm daging/ campuran organ dalaman dan daging-di potong dadu bersaiz 1.5 cmx1.5cm
/2.0cmx2.0cm/mengikut besar yang disukai
/2.0cmx2.0cm/mengikut besar yang disukai
1 1/2 biji santan pekat
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
5 tangkai cili kering
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar-dihiris
2 batang serai-diketuk
1/4 kecil sudu jintan manis 1/4 sudu kecil jantan putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 biji kerisik/2 paket kecil kerisik
garam secukup rasa
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
5 tangkai cili kering
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar-dihiris
2 batang serai-diketuk
1/4 kecil sudu jintan manis 1/4 sudu kecil jantan putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 biji kerisik/2 paket kecil kerisik
garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
Campurkan semua bahan kecuali garm, kerisik dan santan kecut.
Kacau sehingga daging dan sedikit kering.
Kemudian masukkan santan. Kacau sehingga santan pekat.
Masukkan kerisik dan garam. Kacau sehingga kering.
Angkat sedia untuk hidangan.
Asam Pedas Ikan Merah
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan merah (kurang lebih 600 gram), cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis dan ikan. Kemudian tambah bendi dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..
Ayam Masak Minang
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 12 (mat potong 16)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat)
1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
- Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
- Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...