RESEPI AYAM PENYET.

on Monday, June 3, 2013



Untuk Jualan di kantin elok sambalnya disertakan, sambal sekiranya diasingkan sukar untuk mengawal, ada yang ambil cuma sambal saja.
Salam, Dalam siri masakan menu kantin: siri2  ini, mamak haji pertengahkan resepi Indonesia yang terbaik, Resepi Ayam Masak Penyek. Kepopularitian masakan Indonesia biasanya banyak bergantung kepada Wilayah-Wilayah sangat terbentang luas. Dalam masakan Menu kantin, pengusaha kantin perlu ketahui asal-usul Wilayah Tenaga Kerja Indonesia. Resepi Indonesia kebanyakannya adalah asli yang punyai keharuman hidangan yang sangat istimewa tanpa saduran masakan barat atau India. Anda jangan terkejut pula kalau ke Medan terjumpa “Roti Canai” yang amat popular dikalangan rakyat Indonesia berketurunan India di Medan. Begitu juga masakan Cina amat popular dikalangan warga Indonesia berketurunan Cina. Mamak haji amat meminati masakan Indonesia kerana rasa keaslian dalam menggunakan rempah dan juga cara masakan yang unik. Suri rumah juga boleh juga mencuba resepi ini. Maka mamak haji telah kecilkan kuantiti masakan ini khas untuk anda semua.
RESEPI AYAM PENYEK:
hidangan : 6 orang.
Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat. Mamak Haji masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. Kepada peniaga-peniaga nasi ayam boleh tambahkan resepi ini sebagai menu tambahan Dalam Jualan Nasi Ayam Hainan yang tersedia ada.
BAHAN-BAHAN:
  • 6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah  hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”,“Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.
  • 1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.
BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).
  • 5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.
Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini. wassalam.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.
Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan  resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini,  satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
1 tsp serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.
2. Masukan semua bahan-bahan  seperti di atas  dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.
4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.
Nota: Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yanhg terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di mana-mana.  Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara insan. Wassalam.

Tepung Pelita Daun Pandan

Kuih tepung pelita ini manis dan lembut rasanya. Boleh dinikmati semua peringkat umur. Malah aroma pandan menjadikan rasanya lebih enak.
Petikan: Rasa Karangkraf

BAHAN LAPISAN BAWAH (WARNA HIJAU):
  • 100gm tepung Hoen Kwee
  • warna hijau
  • 60gm tepung beras
  • 60gm gula
  • 1.25 liter ekstrak daun
  • pandan
  • 1 sudu makan air kapur
BAHAN LAPISAN ATAS (WARNA PUTIH):
  • 60gm tepung beras
  • 450ml santan
  • 1 sudu teh garam
  • BAHAN LAIN:
  • Daun pandan secukupnya l dijadikan kelongsong atau acuan kuih
CARA MEMASAK:
  1. Untuk lapisan bawah, satukan tepung beras, tepung Hoen Kwe hijau, gula, air kapur dan ekstrak pandan di dalam mangkuk dan dikacau sebati. Tapis.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan didihkan. Kacau terus sehingga menjadi pekat dan berkilat.
  3. Selepas itu, curahkan adunan ke dalam kelongsong daun pandan tadi. Biarkan seketika. Ketepikan.
  4. Seterusnya untuk membuat lapisan atas pula, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau sebati dan tapis.
  5. Setelah itu didihkan dan dikacau selalu sehingga menjadi pekat.
  6. Akhir sekali, curahkan ke dalam kelongsong tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  7. Sedia untuk dinikmati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved