Tips/Petua Masakan Bahagian 1

on Saturday, September 21, 2013


 Tips/Petua Masakan Bahagian 1

• Mengekalkan Kesegaran Sayuran 

Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

• Mencuci Kerang Dengan Mudah

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

• Jemput-jemput  Sentiasa Lembut

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk. Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

•  Ikan Tidak Melekat Dikuali

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

•  Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
 

•  Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama



Resipi Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat


Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat.
  
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. 

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. 

Bahan diperlukan: 
1 cawan jus lemon 
1 cawan jus halia 
1 cawan jus bawang putih 
1 cawan cuka epal 

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. 

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Resipi Puding Batik Sedap

on Friday, September 20, 2013




Resipi Puding Batik Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 6
 

Bahan-bahan: 
1 pek agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan kecil gula
3 tin air
2 biji telur
1 sudu tepung kastard
2 sudu koko
1 sudu majerin.

Cara menyediakan:
1. Cairkan agar-agar bersama gula dan 3 tin air di atas api yang sederhana
    apabila agar-agar dah hancur tapis dan ketepikan.

2. Blander telur, bersama dengan majerin, tepung kastard dan susu cair hingga sebati dan tapis acuan tadi.
3. Masukkan bahan blander dengan agar-agar dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga mendidih (kacau jangan berhenti).
4. Ambil satu cawan agar-agar masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati
5. Tuang agar-agar kedalam loyang...... buatkan corak di atas agar-agar dengan adunan agar-agar yang di campur coklat tadi.... sejukkan....dan boleh dihidangkan.

Resipi Bolognese Lasagna



Resipi Bolognese Lasagna pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.


Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 40 Minit
Keseluruhan: 55 Minit | Jumlah Hidangan: 6
 
Bahan-bahan:
6 Keping Kulit Lasagna 
3 Ulas Bawang Putih
3 Keping daging oblong Ramlee
1 Tin Prego traditional
4 Sudu Cili Kisar
Serbuk Oregano
Serbuk Italian Herbs
3 Sudu Tomato Puree
1 Cendawan Butang Dalam Tin.
3 Cawan Susu Segar
4 Sudu Besar Cream Cheesse

2 Sudu Majerin & 2 Sudu Tepung Gandum
Keju Mozarella
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
Cara Membuat Sos Bolognese

1. Tumis Bawang putih, cili kisar, dan daging oblong yang dihancurkan. 
2. Masukkan Sos Spagetti Prego, Tambahkan 2 sudu tomato puree, serbuk lada hitam, garam & gula. masukkan juga serbuk oregano
    

Cara Membuat Sos Putih:
1. Panaskan majerin, tutup api, masukkan tepung gandum & gaulkan hingga rata & menjadi pes. 
2. Masukkan Susu segar, kacau hingga rata, hidupkan api dengan perlahan dan masukkan cream cheese. Kacau hingga pekat
    

1. Sediakan Loaf pan, Susun kulit lasagna, sos putih & sos bolognese, taburkan parutan keju mozarella & tutup semula dengan kepingan kulit yang kedua. ulang proses hingga penuh. 
2. Pastikan sos putih dalam keadaan panas dan menutupi keseluruhan lasagna.
3. Untuk Lapisan paling atas, taburkan keju mozarella dengan banyak. Ambil kepingan lasagna, masukkan dibahagian tepi (dinding loaf) bakar dalam oven 180c selama 40minit.
4. Keluarkan dari oven.. sejukkan dulu baru potong & hidangkan

Resipi Membuat Cendol Pandan



Resipi Membuat Cendol Pandan Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4-5 Orang

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur

Sedikit perwarna hijau

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.   

4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara membuat air cendol:
1. 1 cawan kacang merah rendam semalaman, selepas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
2. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
3. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
4. Untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung.

Resipi Coconut Shake

on Thursday, September 19, 2013


Resipi Coconut Shake ni adalah antara minuman yang menyegarkan selepas makan tengahari. Cubalah Resipi ini.. 
  

Penyediaan: 15 Minit | Jumlah Hidangan: 1-2 Orang

Bahan-bahannya:
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda

1 scoop ais krim vanila
sedikit air batu

Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. 
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang.

Resipi Puding Aiskrim Oreo


Resipi Masakan Kini berkongsi Resipi Puding Aiskrim Oreo, resipi mudah yang menggunakan biskut oreo, aiskrim, susu cair dan agar-agar sebagai bahan asas, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga.
  
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit 

Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 20

Bahan-bahan: 

1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula

1 biji telur 
1 bungkus biskut Oreo 
Aiskrim perisa vanila
Sedikit esen vanila 


Cara menyediakan: 

1. Basuh agar-agar tali kemudian masak agar-agar tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana, masukan gula dan kacau perlahan-lahan.
2. Oreo dikisar dalam pengisar kering.
3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hingga sebati... 

5. Kemudian masukan oreo yang dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
6. Bolehlah kemudiannya disejukan dalam acuan ataupon loyang, dah beku boleh lah dipotong-potong, makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Resipi Puding Batik Marie




Resipi Masakan Kini berkongsi Resipi Puding Batik Marie. Resipi Puding Batik Marie pasti menjadi kegemaran keluarga.
   
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 10
 

Bahan-bahan:
300g biskut marie-dipatahkan 4
1/2 cawan susu pekat
2 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 cawan bijiran nestum 

1 cawan butter
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara menyediakan:
1. Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan-bahan melainkan biskut. 

2. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. 
3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic (untuk memudahkan memotong) dan tekan-tekankan hingga padat. 
4. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan hingga sejuk dan mengeras.
 

Resipi Cucur Udang Rangup Kuah Kacang

on Wednesday, September 18, 2013


ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Cucur Udang Rangup Kuah Kacang, resipi dari utara yang sedap. Kuah yang terbaik di hasilkan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak, membangkitkan rasa lemak apabila di cicah dengan cucur udang.

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit

Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 5

Bahan-bahan:

Bahan untuk cucur:
500 gram tepung gandum
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur

Bahan untuk kuah:
2 ulas bawang merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang

1 inci halia dicincang
1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

Cara-cara untuk cucur:
1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yang dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yang dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.
3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
4. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.

Cara-cara untuk kuah:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak

2. Tumiskan bahan cincang hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih
5. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.

Resipi Kuih Lopes Sedap

on Tuesday, September 17, 2013


Sajian Hari Ini



ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kuih Lopes sedap dan mudah. Kuih Lopes adalah makan tradisi melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma.
 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit 
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam

Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang

Bahan untuk air gula:

Daun Pandan
Gula melaka

Air

Cara menyediakan:

1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
2. Panaskan pengukus, potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yang telah dimasak tadi, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
3. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.
        

Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yang ditegangkan. Selamat mencuba!

Skewer Kurita Bakar

on Monday, September 16, 2013




Skewer Kurita Bakar
Sumber :  RASA Mei 2012

Bahan-bahan
300gm anak sotong kurita
1 biji lada Benggala
2 labu bawang besar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk putih
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh madu
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1cm halia
1 batang serai
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara :
1.  Lada dan bawang besar di potong 3 segi.
2.  Gaul sotong bersama bahan lain dan bahan kisar.  Perap selama 20 minit.
3.  Cucuk sotong dengan skewer/lidi pencucuk berselang seli dengan bawang dan lada Benggala
4.  Bakar di atas api atau grill di atas kuali gril.  Renjiskan sedikit minyak dan bakar hingga masak.
5.  Angkat dan hidang bersama sos cili atau lada hitam.
Skewer Kurita Bakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved