Resipi Puding Batik Sedap pasti menjadi kegemaran keluarga sebagai menu minum petang. Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 6 Bahan-bahan: 1 pek agar-agar 1 tin susu cair 2 cawan kecil gula 3 tin air 2 biji telur 1 sudu tepung kastard 2 sudu koko 1 sudu majerin. Cara menyediakan: 1. Cairkan agar-agar bersama gula dan 3 tin air di atas api yang sederhana apabila agar-agar dah hancur tapis dan ketepikan. 2. Blander telur, bersama dengan majerin, tepung kastard dan susu cair hingga sebati dan tapis acuan tadi. 3. Masukkan bahan blander dengan agar-agar dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga mendidih (kacau jangan berhenti). 4. Ambil satu cawan agar-agar masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati 5. Tuang agar-agar kedalam loyang...... buatkan corak di atas agar-agar dengan adunan agar-agar yang di campur coklat tadi.... sejukkan....dan boleh dihidangkan. |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment