Dodol Labu / Koleh Labu

on Saturday, September 14, 2013




Dodol Labu / Koleh Labu
Sumber :  AlongRoz@Home Kreation
TQVM Along, dodol ni enak bangattt.. :D

Bahan-bahan
1 biji labu (2kg), buang kulit dan rebus
1 gelas tepung gandum - 1 cawan
4 sudu makan tepung pulut
1/2 gelas gula apong - K1 guna gula melaka 100gm
1/2kg kelapa - perah santannya - K1 guna 300ml santan pekat
gula secukup rasa (K1 guna 50gm)
1 sudu teh garam

Loyang 8x8 di alas daun pisang atau acuan silicon

Cara-cara :
1.  Lecek labu hingga halus, satukan dengan bahan-bahan yang lain dan gaul hingga sebati.
2.  Masukkan dalam periuk tembaga / heavy base pan dan kacau dengan api sederhana hingga pekat, berkilat dan tidak melekat di tepi periuk.
3.  Tuang ke dalam loyang dan biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Dodol Labu / Koleh Labu

Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada

on Friday, September 13, 2013


Sajian Hari Ini




Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit     

45 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 

Bahan-bahan:
Ikan kaloi
4 biji bawang merah - dikisar

3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu besar cili kering kisar

1 tomato dicincang
Sedikit belacan
1 serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi - ambik jus

Cara menyediakan:
1. Ikan lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam, digoreng hingga masak agak garing.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur, masukkan serai, belacan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan jus limau. 


Resipi Asam Pedas Pekat Kepala Ikan Kaloi

on Thursday, September 12, 2013




Resipi Asam Pedas Pekat Kepala Ikan Kaloi ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 


Bahan-bahan:
1 ekor kepala ikan kaloi
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar asam jawa 

2 cawan air
3 batang serai ~ diketuk

1 batang bunga kantan dipotong 2
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah

25 biji cili kering ~ rendam & tos
½ inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai & bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan & bunga kantan, daun kesum, dan garam, gula secukupnya.
4. Rasakan kuahnya.. jika dah okey.. bolehlah dihidangkan.


Biskut Lidah Kucing Keju

on Wednesday, September 11, 2013




Biskut Lidah Kucing Keju
Sumber : Eresep.com

Bahan-bahan
100gm mentega
25gm marjerin
60gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
100ml putih telur*
30gm gula kaster*
60gm parutan keju cheddar
125gm tepung gandum

Hiasan :  Parutan keju cheddar secukupnya

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, margerin dan gula kaster hingga kembang dan putih.
2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan parutan keju, gaul hingga rata.
3.  Pukul putih telur dan garam hingga berbuih.  Masukkan gula kaster* dan pukul hingga kembang.
4.  Kaup balikkan ke dalam adunan tepung sehingga bergaul rata.  Masukkan ke dalam piping bag yang di gunting sedikit muncungnya.
5.  Picit di atas loyang lidah kucing yang telah di oles marjerin.  Tabur atasnya dengan parutan keju.
6.  Bakar dengan api bawah pada suhu 140C selama 15-20min.  Untuk 5 minit terakhir bakar dengan api atas dan bawah hingga keras.
Biskut Lidah Kucing Keju

Resipi Bubur Ayam


Sajian Hari Ini




Resipi Bubur Ayam ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu ketika kita kurang sihat atau takde selera makan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras (lebih kurang 250gm)
1 1/2 inci halia dititik
2 sudu teh serbuk pati ayam

Sedikit garam
1 liter air
   

Bahan-bahan tambahan:
1/4 ekor ayam goreng 
Daun bawang dan daun sup
Sedikit minyak bijan
Ikan bilis digoreng
Kacang digoreng
   
Cara menyediakan:
1. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut macam mana kita nak.

2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
3. Bubur bolehlah dihidang dengan ayam goreng (siat kecil), bawang goreng, ikan bilis, kacang goreng dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan.


Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookie

on Tuesday, September 10, 2013


Resipi Citarasawan





Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookies
Amboi banyaknye nama biskut ni hii hii.. crunchy n nutty laa :D Love it !
Sumber : Azlita Aziz@fromintan kitchen / FB Puan Asmah Aspar

Bahan-bahan
200gm tepung florenta - bole di beli di kedai bekalan bakery
100gm almond flakes
100gm biji labu hijau
200gm biji bunga matahari
40gm bijan putih

Cara-cara :
1.  Bakar almond flakes, biji bunga matahari, biji labu dan bijan sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.  Ketepikan.
2.  Satukan dengan tepung florenta dan gaul sebati.
3.  Alas loyang 14 x 14 dengan baking paper, tuang adunan dan ratakan nipis.
4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C hingga florenta mencair dan keperangan dalam 10-15 minit dan bolehlah di angkat.
5.  Potong dengan menekan pisau semasa adunan masih panas.
6.  Biarkan betul-betul sejuk, dan patahkan perlahan-lahan pada keratannya.  Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara K1, sudukan 2 sudu kecil adunan florenta di atas baking paper, ratakan dengan belakang sudu nipis-nipis.. Jarakkan sedikit antaranya.  Bakar selama 10 minit hingga florenta mencair dan angkat, biar betul2 sejuk baru angkat keluar.
Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookies

Resipi Kuih Talam Jagong


Sajian Hari Ini




Resipi Kuih Talam Jagong ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit     

60 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang

Bahan-bahan: 
Bahan lapisan bawah:
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan lapisan atas:
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat

1/2 cawan jus air pandan
1 s/k garam

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak. Kukuskan selama 30 minit.
2. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yang laing kecil.
3. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan-lahan adunan lapisan atas.
4. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul-betul barulah dipotong.

Talam Lapis Sagu Ubikayu

on Monday, September 9, 2013




Talam Lapis Sagu Ubikayu

Bahan-bahan
200gm sagu kecil putih
800gm parutan ubikayu
300gm gula kaster
450ml santan KARA / santan kotak
2 sudu besar tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna ungu + 1 sudu teh esen keladi

Loyang 8 x 8 di alas plastik dan di oles minyak

Cara-cara :
1.  Cuci dan rendam sagu selama 30 minit.  Toskan
2.  Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali pewarna.  Gaul rata.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian di campur pewarna ungu dan dua bahagian di campur pewarna kuning.
4.  Ambil satu bahagian adunan kuning, ratakan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
5.  Angkat dan ratakan adunan ungu, kukus selama 15 minit.
6.  Untuk lapisan terakhir, ambil adunan kuning dan kukus selama 20 minit.
7.  Sejukkan dahulu sebelum di potong, terbalikkan biar bahagian bawah yang licin berada di atas.
Talam Lapis Sagu Ubikayu


Resipi Talam Keladi




Resipi Talam Keladi ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:  
Untuk lapis bawah: 
300 ml santan dari 150 gm kelapa parut
Garam secukup rasa
65 gm tepung beras
1 tsp tepung gandum biasa
100 gm keladi, potong dadu & kukus separuh masak & lenyekkan sedikit
55 gm gula pasir


Untuk lapisan atas:
100 ml santan dari 100 gm kelapa parut
Garam secukup rasa
80 gm gula pasir
2 tbsp tepung beras
20 gm tepung jagung
1 biji telor, dipukul sedikit
Sedikit pewarna unggu 


Cara menyediakan:
1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
2. Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 minit.

Lapisan atas: 
1. Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
2. Masukkan tepung beras & bahan-bahan lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
3. Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
4. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
5. Alihkan untuk disejukkan & potong.
6. Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.


Waffle..

on Sunday, September 8, 2013




Teringin nak buat waffle sendiri..., cari dekat kedai susah jugak nak jumpa Waffle Maker...

So, order je dekat Lazada..., katanya penghantaran cepat, order hari ni boleh sampai esok..., tapi tak ada maknanya..., order pagi Isnin lagi, petang pukul 6 hari Rabu baru sampai. GDEX yg tukang hantarnya, budak yg hantar tu kata, keretanya rosak, sebab tu lambat sampai..., ntah la...

Ada 2 jenis yg Lazada ni jual, btk 4 segi dan yg btk mcm bunga ni. Harga lebih kurang je, yg ni RM 62, selepas dapat baucer RM 10 kalau kita daftar untuk subscribe emel dgn mereka.




Petang tu juga aku dgn semangatnya try buat waffle.

Selak punya selak ada banyak versi resepi, ada yg rangup katanya, yg lemau pun ada. Tak pe, kita try je dulu mana2, lepas tu baru tahu sedap ke tidak.

Untuk kali pertama ni, aku pakai resepi drp blog Sentuhan Rasa Kasih Mama..., resepinya ada campuran yis. Ok kita tengok bahan-bahannya....

Bahan-bahan :
boleh dapat dalam 5 keping

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
1 sudu gula
1 cawan susu
1 biji telur
1/2 camt garam
3 sudu butter yg dicairkan
3/4 cawan air suam
1 camt esen vanilla

Campurkan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bergentel.
Kepekatan nya boleh diagak2. Kalau rasa pekat, nanti boleh tambah air. Mesti kena cuba sekali dulu, baru boleh agak kepekatan mcm mana yg sesuai.

Biarkan adunan rehat 10 minit.

Panaskan waffle maker. Letak 2 senduk melamine adunan tadi.
Biarkan sehingga adunan merebak ke hampir keseluruhan acuan dan tutup dan tekan kan sikit acuan supaya adunan tersebar hingga kehujung.

Masak dalam 5 - 7 minit. Jangan sampai gelap, nanti kurang sedap sebab dah jadi mcm biskut pulak, terlalu garing.

Bila dah agak kekuningan, angkat dan sapukan jem dan peanut butter...


Review ttg resepi ini : tak begitu rasa mcm waffle yg kita beli kat kedai..., nanti nak cari resepi yg lain plak...
Resepi ni memang rangup tapi mcm bau kita masak roti..., hilang keharuman bau waffle...




Resipi Sambal Ikan Bilis Petai




Resipi Sambal Ikan Bilis Petai ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 
 

Penyediaan: 25 Minit | Memasak: 30 Minit
Keseluruhan: 55 Minit | Jumlah Hidangan: 3
 

Bahan dikisar:
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar di belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak

Bahan-bahan lain:

1/2 senduk minyak (untuk tumis)
Bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (untuk tumis)
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh) 

Petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..hiris nipis2
Ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat

Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak.. tumis bawang sampai naik kekuningan, masukkan bahan yang dikisar.. tumis sampai naik bau/pecah minyak..
2. Masukkan asam keping/jus asam jawa
3. Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula, last sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved