Biskut Lidah Kucing Keju Sumber : Eresep.com Bahan-bahan 100gm mentega 25gm marjerin 60gm gula kaster 1/4 sudu teh garam 100ml putih telur* 30gm gula kaster* 60gm parutan keju cheddar 125gm tepung gandum Hiasan : Parutan keju cheddar secukupnya Cara-cara : 1. Pukul mentega, margerin dan gula kaster hingga kembang dan putih. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan parutan keju, gaul hingga rata. 3. Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Masukkan gula kaster* dan pukul hingga kembang. 4. Kaup balikkan ke dalam adunan tepung sehingga bergaul rata. Masukkan ke dalam piping bag yang di gunting sedikit muncungnya. 5. Picit di atas loyang lidah kucing yang telah di oles marjerin. Tabur atasnya dengan parutan keju. 6. Bakar dengan api bawah pada suhu 140C selama 15-20min. Untuk 5 minit terakhir bakar dengan api atas dan bawah hingga keras.
Biskut Lidah Kucing Keju
|
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment