Talam Lapis Sagu Ubikayu Bahan-bahan 200gm sagu kecil putih 800gm parutan ubikayu 300gm gula kaster 450ml santan KARA / santan kotak 2 sudu besar tepung kastard sedikit pewarna kuning sedikit pewarna ungu + 1 sudu teh esen keladi Loyang 8 x 8 di alas plastik dan di oles minyak Cara-cara : 1. Cuci dan rendam sagu selama 30 minit. Toskan 2. Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali pewarna. Gaul rata. 3. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian di campur pewarna ungu dan dua bahagian di campur pewarna kuning. 4. Ambil satu bahagian adunan kuning, ratakan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. 5. Angkat dan ratakan adunan ungu, kukus selama 15 minit. 6. Untuk lapisan terakhir, ambil adunan kuning dan kukus selama 20 minit. 7. Sejukkan dahulu sebelum di potong, terbalikkan biar bahagian bawah yang licin berada di atas.
Talam Lapis Sagu Ubikayu
|
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment