Sajian Hari Ini |
Resipi Kuih Talam Jagong ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini.. Penyediaan: 20 minit | Memasak: 40 minit 60 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang Bahan-bahan: Bahan lapisan bawah: 1 cawan jagung cream 2 cawan tepung beras 0.5 cawan tepung jagung 3.5 cawan santan 1 cawan gula Bahan lapisan atas: 1.5 cawan tepung beras 4.5 cawan santan pekat 1/2 cawan jus air pandan 1 s/k garam Cara menyediakan: 1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak. Kukuskan selama 30 minit. 2. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yang laing kecil. 3. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan-lahan adunan lapisan atas. 4. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul-betul barulah dipotong. |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment