Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookie

on Tuesday, September 10, 2013


Resipi Citarasawan





Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookies
Amboi banyaknye nama biskut ni hii hii.. crunchy n nutty laa :D Love it !
Sumber : Azlita Aziz@fromintan kitchen / FB Puan Asmah Aspar

Bahan-bahan
200gm tepung florenta - bole di beli di kedai bekalan bakery
100gm almond flakes
100gm biji labu hijau
200gm biji bunga matahari
40gm bijan putih

Cara-cara :
1.  Bakar almond flakes, biji bunga matahari, biji labu dan bijan sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.  Ketepikan.
2.  Satukan dengan tepung florenta dan gaul sebati.
3.  Alas loyang 14 x 14 dengan baking paper, tuang adunan dan ratakan nipis.
4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C hingga florenta mencair dan keperangan dalam 10-15 minit dan bolehlah di angkat.
5.  Potong dengan menekan pisau semasa adunan masih panas.
6.  Biarkan betul-betul sejuk, dan patahkan perlahan-lahan pada keratannya.  Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara K1, sudukan 2 sudu kecil adunan florenta di atas baking paper, ratakan dengan belakang sudu nipis-nipis.. Jarakkan sedikit antaranya.  Bakar selama 10 minit hingga florenta mencair dan angkat, biar betul2 sejuk baru angkat keluar.
Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookies

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Majalah Resepi All Rights Reserved