Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri.
Di Sungai Buloh pun ada satu restoran (dekat Econsave) yang jual Nasi Ayam sedap. Tapi Kjee ni bukan jenis yang suka sangat Nasi Ayam. Ada pun okay, tak ada pun tak kesah.
Tetapi beberapa hari lepas Nadia kata lama dah tak makan Nasi Ayam air tangan Mama. So pagi tadi, masa Unclepali gi Posto, Kjee suruh dia beli dua ekor ayam yang baru sembelih. Kat Sg Buloh memang ada banyak tempat orang sembelih ayam.
Seekor Kjee plan nak panggang dan seekor lagi goreng. Tapi sebelum goreng, Kjee rebus kira-kira 10 minit pastu baru goreng. Cara ini, dapatlah buat sup untuk Nasi Ayam nanti.
Kjee tak tahulah samada cara Kjee buat Nasi Ayam ni, namanaya Nasi Ayam Hainan atau tidak. Ia resipi yang selalu dibuat arwah Bonda dulu.
NASI AYAM
3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)
3 ketul chicken cube
2 helai daun pandan (kalau suka)
CARA
Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.
SAMBAL
5 biji cili hidup (dibuang biji)
5 cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit cuka kalau guna
CARA
Kjee blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.
KICAP
4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)
1 sudu besar sos tiram
Campurkan semua bahan2.
AYAM
Ayam panggang
1 ekor ayam
1 biji lemon atau limau nipis
1 biji bawang besar
1 sudu besar rempah rosemary (optional)
butter
garam
lada hitam
Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).
Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.
AYAM GORENG
1 ekor ayam potong dua.
½ periuk air
daun ketumbar (akarnya sahaja)
1 biji bawang besar
garam
serbuk perasa kalau guna
CARA
Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam.
Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.
CARA MENGHIDANG
Timun
Salad
daun ketumbar
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment